Ada kelonggaran tak semestinya kita ambil peluang.

Ya…boleh beraya tak lebih 20 orang,boleh beraya dalam daerah ,tapi saya harap sebelum keterujaan kita terpa raya rumah orang .Apa kata kita buat ulangkaji sikit.

Sumber Google

1. Rumah yg nak dituju ada warga emas tak ?

  • Ada anak syurga ? .
  • Ada pesakit jantung , darah tinggi atau kencing manis ?
  • Ada pesakit kanser atau buah pinggang ?

Ya….check dulu sebab mereka berisiko tinggi. Jangan sebab kita datang, entah mungkin ada virus, mereka yg baik baik duduk rumah jadi mangsa.

Sumber Google

2. Call dan tanya tuan rumah

  • Sudi terima tetamu tak.
  • Jangan terjah raya.
  • Sebab ada org dia memang jaga tak pernah keluar rumah
  • Tapi tetamu ada depan pintu dia pun serba salah.
  • Jangan ingat semua org seronok sangat nak raya macam kita.

3. Fikir tentang duit raya dan sampul.

  • Mana kita dpt duit dan sampul , susah nak cakap.
  • Sampul raya kita serah pd anak kecil dan warga emas.Sampul bertukar tangan
  • Mana ada masa nak cuci dengan clorox atau dettol kan.

Jadi….fikir fikirkanlah.Logik tak beri duit raya tahun ini.

4.Tuan rumah kena jujur.

  • Pahit nak tolak tetamu tapi letakkan keselamatan anak kecil dan warga emas dalam rumah anda sebagai keutamaan.
  • Jangan sebab nak jaga hati org yang datang,kita abaikan apa yang seharusnya kita jaga.
  • Biar orang kata kita overacting,asal kita bertanggungjawab menjaga rumah dan orang2 yangg kita sayang .
  • Nak mudah…letak saja sign depan rumah.Tulis ” Maaf ….rumah ini tak dapat terima tetamu.”
  •  Orang pasti akan faham.
Sumber Google

5. Kita tak mati kalau tak ziarah raya tahun ini.

  • Tapi ramai yg boleh mati jika kita sudah tersilap langkah.
  • Kita dalam perjalanan menuju garisan penamat.
  • Jangan kerana nafsu meraja…
  • Kita gagalkan semua usaha.
Sumber google

Duduk sejenak..Fikirkan..Akal ini bukan untuk kita simpan.

Semoga Allah menjaga kita semua.

Leave a Reply