Throw back kehadiran Covid 19 pada Jan lalu.
Video ini mengimbas kembali susana di Wuhan pada bulan Januari yang lalu dimana sewaktu itu Virus C19 ini belum mengganas ke seantero dunia.Ketika itu,ramai antara kita percaya bahawa ianya mungkin masalah kecil dan beranggapan bahawa iannya hanya sakit sakit biasa sahaja.
Namun yang demikian,anggapan dunia waktu itu ternyata meleset dimana virus yang dianggap remeh pada ketika itu,hari ini ianya telah hampir melumpuhkan ekonomi negara negara barat keseluruhannya dan melumpuhkan pergerakan dunia.Hampir 4 juta manusia telah diserang virus ini hingga mengakibatkan kematian beratus ribu manusia.
Ini bolehlah dianggap krisis kemanusiaan terburuk diabad ke 21.Sebelum ini,kita hanya membaca krisis buruk kematian manusia melalui bacaan buku sejarah dan sebagainya.Hari ini,kita dapat melihat dengan mata kepala kita sendiri.
Disaat negara lain mengambil ringan mengenai virus ini,kerajaan Malaysia dengan beraninya mengambil risiko melakukan partial lock down iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac 2020.Tindakan pantas ini pada mulanya dianggap remeh oleh negara negara jiran kita dan menimbulkan keadaan panic buying di Malaysia pada ketika itu.
Namun yang demikian,kecekapan barisan hadapan kita didalam mengawal situasi semasa didalam negara telah berjaya membendung penyebaran wabak ini dengan lebih ganas.Kematian akibat virus ini di Malaysia boleh dianggap diantara yang paling rendah didunia.
Rakyat Malaysia diarahkan berkurung hampir selama 47 hari sehinggalah PKP Bersyarat mula diperkenalkan mulai 4 May 2020.Kerajaan Malaysia menerusi YAB Perdana Menteri Malaysia dijangka akan mengumumkan arahan terbaru hari ini 10 May 2020.
PKP selama 47 hari yang lalu telah berjaya “mengubah” mentaliti dan sikap rakyat Malaysia secara umumnya mengenai penjagaan kebersihan dan kesihatan.Rakyat Malaysia telah mula menerima budaya seperti tidak makan di kedai,memakai topeng muka,mencuci tangan dengan pembersih kuman,mengamalkan social distancing,beratur masuk ke pusat membeli belah,kedai runcit,pasar raya dan sebagainya,dan yang terbaru adalah tiada lagi bazar Ramadhan disamping larangan pulang kekampung untuk menyambut Syawal.
Bukan mudah untuk kita merubah disiplin orang awam.Namun,virus merbahaya ini telah membuktikan bahawa orang Malaysia sebenarnya terbukti mendengar arahan walau pun negara ini didiami oleh rakyat berbilang bangsa,agama & etnik.Rakyat Malaysia tanpa mengenai lelah berusaha mematuhi arahan tersebut.
Tiada rusuhan dan kacau ganggu dicetuskan oleh rakyat Malaysia kecuali beberapa kejadian terpencil yang dilakukan oleh pendatang asing.Golongan barisan hadapan juga dibantu dengan membekalkan makanan kepada mereka.Begitu juga golongan susah tidak ketinggalan menerima bantuan tak kira dari pihak kerajaan,orang perseorangan,NGO dan lain lain.
Terlalu banyak hikmah disebalik ujian C19 ini.Ada banyak yang Allah SWT cuba sampaikan kepada kita dan hanya kita sahaja yang perlu mencari disebalik setiap ujian yang Dia berikan.
Semoga rakyat Malaysia terus sabar didalam mengharungi ujian ini dan sentiasa mematuhi arahan yang diberikan.
Terima kasih diucapkan kepada Polis,Tentera,para barisan Doktor,jururawat dan kakitangan hospital,para riders food delivery dan anda semua kerana memudahkan pihak kerajaan melakukan yang terbaik buat rakyat Malaysia.
Salam Nuzul Quran dari kami