Anda terlibat dengan pergerakan rentas negeri?

Bermula 7 May 20,perkara utama yang perlu anda tahu iaitu patuhi arahan pergerakan dan prosedur bagi memastikan kelancaran perjalanan anda ke destinasi. Berhati-hati ketika memandu.
1-R&R tidak disediakan kemudahan jual beli makanan.
2-Surau surau ditutup dan sebarang aktiviti solat jemaah tidak dibenarkan.
3-Hanya tandas awam sahaja dibenarkan beroperasi.
4-Kawasan parking R&R hanya untuk berehat sahaja dan dilarang keluar dari kenderaan anda kecuali untuk ke tandas.
5-Petrol pam disepanjang lebuhraya hanya akan dibuka dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah malam sahaja.
6-Aktiviti berkumpulan adalah dilarang sama sekali sewaktu dalam perjalanan ke destinasi masing masing.