Keluhan mangsa banjir di Taman Kosas (Jalan 3/4)

Ada penduduk mengadu bahawa kejadian banjir di Kawasan tersebut berlarutan agak lama iaitu sebelum adanya projek hiway SUKE.Penduduk turut sertakan screen shot perbualan mereka dengan wakil MPAJ.Menurut perbualan tersebut,aduan ke MPAJ telah berkali kali dibuat,namun masih lagi tiada penyelesaian jangka panjang dapat dibuat.Banjir akan berlaku jika setiap kali berlakunya hujan lebat luar biasa hingga kadangkala paras air naik hingga ke dalamrumah penduduk.

Wakil MPAJ dikhabarkan ada berhubung dengan penduduk terlibat dan berjanji akan cuba menyelesaikan masalah yang berlarutan sekian lama ini.Bersama sama ini dilampirkan perbualan wassapp diantara wakil MPAJ dengan penduduk berkenaan masalah ini pada Januari lalu.

Penduduk juga ada bertanya kepada kontraktor yang bertugas,namun jawapan yang diterima hanyalah menyalahkan MPAJ kerana masalah dikatakan punca daripada tiada longkang / system perparitan yang tak betul dikawasan terlibat.Menurut aduan penduduk,’’Air Mati’’ disebabkan longkang main road Jalan Kosas Utama penuh sewaktu hujan akan menyebabkan overflow dikawasan mereka.Terdapat juga insiden dimana air longkang dari belakang rumah penduduk ‘’tendang balik’’ sampai masuk ke jamban rumah dan menyukarkan urusan penduduk.

Penduduk juga turut sertakan gambar terbaru kejadian banjir dikawasan terbabit  pada 18 April 2020 yang lepas.

Sumber video daripada penduduk

Leave a Reply