Apakah perasaan kita bila hari pertama Ramadhan tanpa kedua ibu bapa?

Semalam hari pertama Ramadhan dimana mungkin ramai yang “kali pertama” bukak puasa hanya seorang diri atau dengan house mate atau dengan member asrama bagi yang menuntut di IPT atau berbuka bersama suami isteri dan anak2 shj dan juga ada ibu bapa yang berbuka berdua sahaja.

Fenomena ini juga mungkin kali pertama berlaku di Malaysia dimana warga Lembah Kelang terpaksa berbuka hari pertama Ramadhan di rumah masing masing sahaja.

Ianya mungkin pengalaman agak baru juga kerana jika sebelum ini,ramai yang memilih untuk berpuasa dan bertarawih first day ramadhan bersama sama ibu bapa di kampung masing masing.

Macamana pengalaman pertama?

Ada yang biasa je,rasa sedih atau mungkin seronok.Ini semua gara2 Covid 19 menyerang dunia hari ini dan tahniah juga kepada kita semua sebab mematuhi arahan kerajaan demi keselamatan nyawa insan tersayang di kampung halaman.

Setiap kejadian yang berlaku depan mata kita hari ini semua ada hikmah disebaliknya jika kita melihat kejadian tersebut dengan fikiran positif.

Sebagai seorang yang beragama Islam,kita percaya bahawa tuhan telah “mengaturkan” sesuatu yang terbaik untuk setiap makhluknya.”Allah tidak akan menguji seseorang itu melebihi kemampuannya menerima ujian tersebut”.

Bersama sama kita berganding bahu dengan frontliners didalam membendung rantaian Covid 19 ini.

Admin ™️

Selamat Berpuasa

#AmpangBerkurung

Leave a Reply