Adakah seluruh dunia sedang “berperang”?

Covid 19 telah melepasi hari ke -150 sejak kehadirannya mula disedari.Kes pertama Covid 19 ini telah mula dikesan pada hari Ahad 17 Nov 2019 daripada seorang lelaki berusia 55 tahun yang berasal daripada Wilayah Hubei di China.

Hanya 4 bulan,dunia menyaksikan virus ini telah meragut nyawa yang mencecah 108,000 mangsa setakat 12 April 2020 dimana negara Amerika dan Eropah telah menjadi penyumbang terbesar data kematian ini.

Amerika Syarikat yang kononnya Super Power dunia nampaknya masih lagi terkial  kial serta bergelut didalam mencari jalan penyelesaian virus maut ini.

Jumlah Kematian

Angka kematian akibat COVID-19 kini mencecah 108,000 di seluruh dunia .Menurut data Johns Hopkins University, terdapat peningkatan sebanyak 7,000 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.Amerika Syarikat (AS) kini merekodkan jumlah korban paling tinggi, melepasi Itali, apabila ia satu-satunya negara dengan angka kematian melebihi 20,000.

Itali pula di kedudukan kedua dengan kematian melebihi 19,000.Sepanyol dan Perancis masing-masing mencatatkan kes kematian sebanyak 16,353 dan 13,832, manakala di United Kingdom (UK) seramai 9,875 mangsa.

Jumlah kes Covid didunia

Kes positif COVID-19 di seluruh dunia pula kini mencapai 1.76 juta – pertambahan 90,000 kes dalam tempoh 24 jam.Lima negara ini mempunyai kes positif COVID-19 melebihi angka 100,000.

(i) AS kekal menjadi negara paling teruk terjejas apabila mencatatkan 519,453 kes jangkitan.

(ii) Ini diikuti Sepanyol 161,852 dan Itali 152,271 kes secara keseluruhan.

(iii)Manakala Perancis 130,727  dan Jerman  123,878 kes berada di kedudukan keempat dan kelima dengan angka jangkitan masing-masing.

Negara dengan jumlah jangkitan melebihi 70,000

China (83,014),UK (79,865),Iran (70,029),Turki (52,167)

Sehingga kini, COVID-19 telah menular di 185 negara dengan kes pesakit yang pulih melebihi 400,000.Jika dilihat dari statistik terbaru yang dikeluarkan oleh WHO,terdapat lebih 2 juta kes jangkitan seluruh dunia dan 31% adalah di Amerika Syarikat

Kesimpulannya yang boleh kita ambil daripada bencana Covid-19 ini ialah dengan menyaksikan bagaimana negara negara yang mempunyai kuasa veto di Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) sedang berjuang menyelamatkan rakyat masing masing dari serangan virus maut ini.Jika dilihat dari senarai stastik diatas,amatlah jelas bahawa negara negara seperti Amerika Syarikat,China,UK & Perancis “‘under attack” oleh Covid-19 ini.

Walaupun negara seperti USA dan China digambarkan mempunyai armada tentera terkuat didunia,namun kekuatan tersebut gagal untuk menewaskan musuh halus ini.Dunia memang mengetahui bagaimana hebatnya USA dari segi kelengkapan kapal perang,jet pejuang,senjata nuklear dan sebagainya.Kita pernah melihat bagaimana angkuhnya Super Power ini menceroboh Iraq,Afghanistan,Vietnam dan sebagainya.Begitu juga dengan UK dimana sejarah membuktikan bagaimana rakusnya negara ini menawan beberapa negara di Asia termasuklah negara kita Malaysia.

Aku mengandaikan bahawa Covid 19 ini ibarat perang dunia kerana beberapa justifikasi iaitu:

1-Banyak negara didunia sedang locked down dimana pergerakan semua rakyat disekat dan mesti berada didalam rumah.

2-Manusia tidak lagi bebas terbang untuk ke mana mana tempat didunia gara gara seluruh dunia telah menghadkan perjalanan orang awam untuk mengekang jangkitan ini.

3-Kebanyakan bandar bandar utama diseluruh dunia sunyi sepi disebabkan larangan keluar ini.

4-Pusat membeli belah,restoran,kawasan tarikan pelancong,pantai popular,kawasan peranginan tanah tinggi kesemuanya tiada pelawat dan seolah olah telah dilanggar garuda.

5-Begitu juga waktu persekolahan ,pembelajaran universiti dan kolej ditangguhkan,banyak industi pembinaan, perkilangan,pembuatan telah dihentikan operasi.

Ringkasan diatas jelas menunjukkan bahawa jika peperangan menggunakan senjata terjadi,maka segala ativiti yang dinyatakan diatas terpaksa diberhentikan,namun demikian,peperangan yang sedang kita hadapi sekarang adalah peperangan melawan Virus pembunuh.Terdapat beberapa teori yang mengaitkan kejadian ini dengan sejata kimia.Namun aku tidak akan mengulas dahulu mengenai teori ini dan akan membuat ulasan di tulisan akan datang.

Sumber Berita

http://www.astroawani.com/berita-dunia/covid-19-angka-kematian-cecah-108-000-kes-positif-1-76-juta-seluruh-dunia-237933.
http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2019-ncov-wuhan
https://www.livescience.com/first-case-coronavirus-found.html.

Leave a Reply